1. Daya tahan otot bermaksud kemampuan otot untuk melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang dan berterusan tanpa berasa letih dan lesu dalam jangka masa yang panjang.
2. Faedah Latihan
- Otot dapat melakukan aktiviti dalam tempoh masa yang lama.
- Dapat meningkatkan pengaliran darah dengan lebih berkesan ke seluruh bahagian badan.
- Menguatkan otot rangka dan juga otot jantung.
- Lemak dalam tisu otot dapat dikurangkan.
- Mampu bertindak cergas ketika berlaku kecemasan.
3. Latihan Membina Daya Tahan Otot Menggunakan Kaedah Latihan Litar
Latihan litar ialah aktiviti yang melibatkan pergerakan dari suatu stesen ke stesen yang lain. Di setiap stesen terdapat pelbagai aktiviti daya tahan otot.
Cara Melaksanakan Aktiviti
(a) Melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum dan selepas latihan.
(b) Lakukan aktiviti di setiap stesen dalam jangka masa yang telah diberikan.
(c) Aktiviti yang dijalankan secara berpasangan akan ada seorang yang melakukan aktiviti dan seorang lagi mencatat.
(d) Mulakan aktiviti apabila wisel ataupun isyarat yang telah diberikan dan mestilah berhenti jika telah diberikan isyarat kedua.
(e) Catatkan jumlah lakuan.
(f) Bergerak ke stesen seterusnya selepas selesai di stesen tersebut mengikut arah pusingan jam.
(g) Murid atau pelaku boleh melakukan aktiviti dengan menambah bilangan ketika melakukan aktiviti.
5. Aspek Keselamatan
- Memastikan alatan yang hendak digunakan selamat digunakan.
- Memakai pakaian dan kasut yang sesuai.
- Memberikan arahan yang jelas dan tepat sebelum, sewaktu dan selepas aktiviti.
- Memerhatikan demonstrasi yang ditunjukkan.
- Mestilah memilih tempat yang sesuai.
No comments:
Post a Comment