Tuesday, 22 March 2016

1.5 Kuasa

1. Kuasa adalah satu komponen kecergasan berasaskan kemahiran motor. Kuasa bermaksud keupayaan individu melakukan pergerakkan yang pantas dengan daya maksimum.

2. Faedah Latihan

  • Meningkatkan kuasa dinamik otot yang terlibat.
  • Meningkatkan keupayaan anaerobik 
  • Meningkatkan kekuatan otot.
  • Meningkatkan kuasa ekplosif.
  • Membantu meningkatkan kecekapan larian dan lompatan.
3. Cara Melaksanakan Latihan
  • Kaedah latihan kuasa berpandukan prinsip latihan tambah beban. Latihan tambah beban dapat meningkatkan kapasiti anaerobik dan dapat membina dan meningkat sistem aerobik dan sistem anaerobik. Latihan kuasa dapat membina kuasa otot.
  • Intensiti latihan yang digunakan untuk meningkatkan kuasa kaki adalah dengan menambah set sela kerja pada setiap minggu.
4. Teknik Melakukan Aktiviti untuk Meningkatkan kuasa kaki
= Lompat dakap
= Ketingting tiga kali dan lompat
= Ketingting lima kali dan lompat
= Ketingting - melangkah - melompat

5. Ujian Kuasa Kaki
- Ujian kuasa kaki yang sesuai ialah lompat jauh berdiri. Alatan yang diperlukan :
(a) Pita Pengukur
(b) Pita perekat
(c) Borang ujian

Prosedur Ujian
  • Berdiri di belakang garisan mula dengan kedua belah kaki dibuka.
  • Ayun tangan ke belakang dan fleksikan kedua-dua lutut.
  • Melompat sejauh mungkin dan mendarat dengan kedua belah kaki.
  • Ukur jarak lompatan dalam unit (cm) dari garisan mula hingga ke tumit kaki atau anggota badan yang menyentuh lantai yang terdekat.
  • Lakukan sebanyak 2 percubaan dan rekodkan jarak terbaik.
  • Bandingkan dapatan yang diperolehi dengan norma yang disediakan bagi melihat tahap kuasa kaki.
  • Rekod jarak terbaik.
6. Aspek Keselamatan 

(a) Sebelum aktiviti
  • Pastikan berada dalam keadaan yang sihat.
  • Pakai pakaian yang sesuai,
  • Memanaskan badan terlebih dahulu terutamanya di bahagian kaki.
(b) Semasa latihan
  • Alatan yang hendak digunakan selamat.
  • Kawasan yang selamat dan sesuai,
  • Mulakan latihan tambah beban dari mudah ke sukar dahulu.
  • dengar arahan guru,
  • Ikut giliran.
  • Melakukan aktiviti mengikut kemampuan seseorang,
(c) Selepas aktiviti
  • Lakukan aktivti menyejukkan badan.
  • Simpan peralatan semula.


No comments:

Post a Comment